Wednesday, 24 September 2014

Kisah ku : kerana hp badan binasa


Assalamualaikum..

ye begitulah bunyi tajuknya...
alkisahnya....
td masa nak turun tangga opis..
mata ni lekalah tengok henfon ade org kol ...
henfon kt tangan kanan....
bahu kiri ada bag...
masa nak turun tu dengan confidentnya tak tengok pun anak tangga tu..
kunun dah hafal sangat lah kan..
Dr tingkat 3turun tingkat 2 ok lagi masuk tingkat tiga ada 6 steptngga Trun ....tiba2 salah step..
terlangkau 4 anak tangga..
then badan tak boleh control..
Akak jatuh uolss...
bedebuk 4 anak tangga trus sampai bawah..
aksi ape masa jatuh tu pun dah tak ingat..
rasa macam kuak lentang ..
tapi rasa macam kuak kupu2.. (fly like superman.. landing like nangka busuk..)
tapi seingatnya mcm dlm gambar  lahhh..
dah jatuh tu tkleh bangun kaki trus jem tersembab kat depan pintu opis org kat tingkat bawah(yg tragis dalm opis tu masih ada org)
Dgn kuat jugak bunyik masa jatuh tu...rasanya dak opis yg masih ade dlm opis tu mesti dengar..
benda 1st check henpon... boleh gitu..?? Ya Allah
Dgn air mata tgok fon..ngn kaki tetiba takleh gerak sy kuatkan jgk bgun...pastu perlahan turun d papah akak kiter ...sakit sngt..

Tula dia tetiba sy terkenang pepatah kalau jatuh bangun sendiri...camtula jgk kehidupan bila jatuh mcm.mnaa teruk pun kita bangun sendiri ...

Allah maka menyayangi....

Ingt tau dlm.kehidupan pun kalau kita jatuh 7 kali kita bangun la 8 kali..k..

Aduii balik dr hsptl pantai td trus baring n lepas kuatkan smngt utk mrghb...lepas tu baring n terasa sangt satu badan..ngn kaki terseliuh plus badan semua sakit2 n lebam..

Ya allah andai ini jalan nya aku redha..

Smoga tidur dengan nyenyak malam ni
Sweet dream..

Sunday, 21 September 2014

Bicara hati penjaga hati

Apa sebenarnya arti bahagianya diriku sebagai hambamu d bumi yg bersifat semantara ini ya rabb...kadang terasa lemah bahu memikul..terasa longlai kaki melangkah..namun ku terus kuat menuju ke depan...hnya padamu tmpat ku mengadu segalanya..dari mata kasar org lain mungkin aku sekuat kerikil mampu trsenyum sentiasa..namunnpada dasarnya. Aku rapuh..ya rabb andai ini adalah kisah yg engkau dahbtetapkan bagiku. Aku redha dan pasrah...hanya sebait doa mampu ku ungkapkan dalam setiap sujudku padamu ya rabb ..

Friday, 19 September 2014

Cara hamba Memandang Ujian Dari Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 09 sept lepas,  hari jadi yg ke 2_(hihi secret ok). SanahHelwah kepada semuanya yang menyambutnya kelahiran on septmber ^_^

nikmat Islam, nikmat sihat, nikmat adanya keluarga yang memahami sy, nikmat rasa kasih kepadaNya selalu saya syukuri. Harap Allah kekalkan rasa syukur ini. Syukur bukanlah setakat kita bahagia dengan apa yg kita ada, tapi kita tetap tersenyum even kita tak dapat apa yang kita minta, sebab cukuplah dengan apa yg Allah anugerahkan dalam hidup ini.

Tahun ni sperti biasa takde sambut birthday atas sebab  ......, Allah tak izinkan and Dia tahu yang terbaik. Tahun nih jugak dapat hadiah birthday, Allah bagi sakit..n jalan d negeri org ..Allah tarik sekejap nikmat sihat nih. Kata seorang sahabat ‘bertuah sakit time birthday, Allah pilih awak untuk diuji dan hapuskan dosa-dosa kalau kita tak mengeluh dan tak merungut ’. Alhamdulillah, pandang apa yg Allah beri dengan pandangan yg baik, semua dari ALLAH.

Yakin apa yang terbaik dalam diri, kadang-kadang bila tak kuat, kita lemah, kita tenggelam dalam kelemahan kita, kita tak mampu cari kekuatan tu, if u wanna cry, just cry. Kalau tangisan dapat melegakan kita, why not untuk kita menangis. But never forget yang semua ini dari Allah. tika kuat, tika lemah, kembali kepda Dia. Actually, itu yang membuatkan kita kuat. Trust me!

Kadang-kadang kita lemah, iman kita tak kuat, kita keluar dari lubang kemungkaran dengan penuh pengharapan kepada ALLAH, then selepas tu kita jatuh balik dalam lubang tersebut. Kita lupa dengan janji kita kepada Allah. kita lupa dengan apa yang Allah janjikan untuk kita, mudah sungguh dalam menuruti syaitan !

(Sy ambik nasihat ni dr one of koleksi bukusy)Nasihat habib Aljufri kepada mereka yg nak kembali kpd Allah even dah banyak kali buat munkar ;

“aku khabarkan berita baik kpd mereka semua, penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dengan ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian sekali lagi kembali kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah. selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka .

Demi Allah, wahai saudaraku. Jika Allah tidak mencintai kamu, DIA tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu rasa kepedihan. Ini adalah perasaan yang kita rasakan 'aku ada lakukan kesalahan'. Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalain aku kepada Allah. bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya Iman, di sini cahaya lilin (keimanan) itu ada, tapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya (keimanan) ini adalah tekad melakukan maksiat. Jika kita memandang remeh dan ringan terhadap maksiat pada diri sendiri, ini bahaya ianya adalah isyarat cahaya Iman mula menghilang.”

Ya Allah.. sungguh hebat kalam ulama ini. Hati perlu kepada santapan rohani, teringat sy seorang ustazh pernah pesan, ‘dalam sehari jangan pernah lupa bagi makanan kepada hati, dengan cara mana ? caranya dengan selalu membaca ayat Alquran, baca hadis, sirah zaman dahulu, banyakkan berzikir dan selawat. Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Banyakkan buat perkara sunnat, solat hajat jangan tinggal, mohonlah dalam sujud yang terakhir. Before tidur, sunnat witir 3 rakaat, surah alMulk jangan lupa, peneman kita di dalam kubur nanti.(walaupun sy salu ingt tp lumrah manusia salu khilaf dan kita manusia biasa...takpe2 tak kira brapa bnyak lupa n khilaf ...yg penting jangan lupa bertaubat..tp tak bermaksud blh salu buat k.

Pesanan untuk semua sahabat dan diri sendiri, memang kita sebagai manusia, sangat lalai dalam menguruskan urusan seharian, kadang2 kita tersasar dari landasan Allah, kita lupa Allah yang guide kita. Kita lupa tentang akhirat. Tapi itu semua bukan alasan untuk kita jauh dari Allah, bukan sebab kita memandang ujian dengan sesuatu yang ‘teruk’. Saya ingat sabda Rasulullah, sungguh ajaib hati org mukmin itu, apabila diberi ujian, dia memandang itu semua kebaikan dari Allah.

brothers and sis, berapa kali kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ? berapa kali kita memandang dengan kebaikan dengan ujian hidup yang Allah berikan ? adakah sepanjang hidup kita, kita hanya mencaci maki dengan ujian ini semua ? Nau’zubillah. Sebenarnya, ujian yang Allah turunkan kpd kita, semuanya atas sebab kita sendiri, kita jauh dari Allah, kita kufur nikmat. Dan Allah beri ujian sebagai tanda cintaNYA kepada kita.

Kata seorang sahabat 'dear, tak de mende la Allah nak bagi ujian melainkan Dia nak kita merintih kpada Dia ’. if kita redha, kita bersabar, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. Put your trust to Allah'. jika kita ditimpa masalah, Allah tak suruh kita berfikir cari jalan penyelesaian, Allah suruh kita SABAR & SOLAT. Itu usaha kita, Allah nak kita kembali kepada Dia, itu kasih sayang Allah kepada hambaNYA.

Jika kita ditimpa masalah, ambil wudhu, solat, berdoa kepadaNYA, senyumlah dengan kasih sayang Allah, katakana ‘ya Allah, aku redha & sabar dengan semua ini, sesungguhnya semua ini dari Engkau, maka berikanlah kebaikan kdpku atas semua ini’

Biarlah kita penat lelah di dunia untuk mncari redha Allah, kasih sayang Allah,kasih kepada Rasulullah. jika itu yang dijanjikan kesenangan buat kita di akhirat nanti.

Kadang-kadang diri perlu kuat untuk melawan segala ‘rasa’ ini. Kekuatan dari Allah, so find it ! orang itu kuat kerana dia nak sembunyikan kelemahannya, memang betul manusia ada kelemahan dan kelebihan, tapi jangan jadikan kelemahan sebab untuk kita tak boleh menjadi seorang mukmin, muttaqin, muslim.

Jika peroleh cinta, ciptakan cinta atas dasar kepada Allah, usahakan untuk menampakkan cinta keranaNya. Istighfar jika sudah tersasar jauh, biarlah orang tak mampu menilai hati kita, yang penting niat kita untuk dapat redha dariNYA.

Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita, ujian buat kita. Jika dia terbaik buat kita, pertahankan ! usahakan solat hajat, istikharah, tahajjud. kita nak something, pohon hajat kepadaNya. Kita lemah, Allah kuat dengan tahajjud kepadaNya. kita buntu buat keputusan, Allah bagi jawapan dengan istikharah, Alhamdulillah

Allah nak lihat usaha kita, Allah nak lihat sejauh mana kita mampu bertahan. Tapi jangan pernah dilupakan cinta kepadaNYA, cinta sesama manusia, make sure ianya lillahi ta’ala. Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil, yakin dengan Allah. DIA akan beri yang terbaik untuk kita, pandanglah ia dengan pandangan kebaikan.

Ayah pesan, when u get good husband, the soleh one, u will get everything. Because he will make your love to Allah more stronger & more amazing. Jadikan diri yang terbaik

Tuesday, 16 September 2014

Perhatikan Caraku Mencintaimu


Perhatikan caraku memperhatikanmu.
Apakah sudah mampu kau rasakan dengan hati,
bahwa ada yang dengan begitu perhatian
telah mengetahui segala hal tentangmu?
Aku tahu apa yang akan kau lakukan saat kau kesal.
Aku tahu apa yang akan kau lakukan saat kau sedih.
Aku tahu apa yang akan kau katakan saat kau sedang ingin bergurau.
Aku tahu semua kebiasaanmu.
Aku tahu.
Perhatikan caraku mengingatkanmu
tentang segala hal yang kau anggap tak penting.
Apakah sudah sanggup kau rasakan,
bahwa ada yang begitu rela meluangkan waktunya
untuk sekedar menghindarkanmu dari lupa.
Jangan lupa sarapan.
Jangan lupa makan siang.
Jangan lupa sholat.
Jangan lupa pakai jaket, cuaca sedang tak bersahabat.
Jangan lupa istirahat yang cukup.
Jangan lupa minum yang cukup.
Ah tenang, aku tahu kau tidak amnesia.
Perhatikan caraku mendoakanmu.
Ah mungkin nanti Tuhan akan membantumu.
Karena hanya Dia yang Maha Tahu.
Tuhan, lindungi dia dimanapun dia berada.
Mudahkah segala urusannya.
Ringankan langkah kakinya.
Lapangkan dadanya.
Perbanyaklah rezekinya.
Dan bahagiakan lah dia.
Perhatikan caraku mencintaimu.
Semoga kau tahu,
itu lebih besar dari cintaku pada diriku.
Apakah ada yang salah dengan itu?
Tidak.
Karena cinta yang benar adalah benar

Sunday, 7 September 2014

Pembimbing Idaman

Wahai dia
Suami...imam..pembimbing idaman aku
Bukanlah seorang yang kacak bergaya,
Bukan jua seorang yang kaya dengan timbunan hartanya,
Bukan jua seorang mampu memberikan kemewahan yang dia ada,

Tapi..
Aku cuma menginginkan seorang lelaki yang soleh,
Seorang lelaki yang beragama dan beramal dengan agamanya it's Islam,
Seorang yang teguh dengan imannya, tawadduk dengan ilmunya,
Seorang yang sentiasa membimbing aku ke arah kebaikan,
Seorang yang sentiasa susah dan senang bersama,
Seorang yang redha dengan kekurangan aku,
Seorang yang tidak jemu memberi tunjuk ajar pada aku,
Seorang yang sentiasa ada bila aku memerlukan dirinya,
Seorang yang akan menjadi pendamping setia,
Mengenggam erat tangan aku untuk menuju ke Syurga Abadi bersama.

Insyaallah. Waiting you and the day love :)

Hati Seorang Wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
Bagaimana jika anda menghadapinya

Wednesday, 3 September 2014

Rindu seorg shbt


Sahabat sejati ini jugalah yang sentiasa akan berbakti serta memberi tanpa meminta balasan kembali. Dia sedar bahawa redha Allah yang utama dan sahabat yang pertama. Terima kasih ya 'Azza Wajalla kerana kurniakan kepadaku sahabat sejati.

Ya Allah, betapa aku merindui sahabat sejati yang telah Kau anugerahkan kepadaku. Lindungilah, sayangilah serta bahagiakanlah dia. Redhailah persahabatan kami. Tunjukilah kami jalan yang sebenar-benarnya agar kami dapat mendiami taman indahMu pada suatu hari nanti. Ameen ya Rabbal Aalamin.

Tuesday, 2 September 2014

Keep calm

Rasa nya takde apa yg istimewa kot...mungkin sama je mcm tahun yg lepas2.....berpuasa...mmm tu je yg istimewa rasanya...insyaallah kalau masih d panjangkan usia ini menuju tarikh tu...amin3...ya Allah terlalu cepat rasanya masa berlalu....kite suka sngt no 9...sangat2...u alls msti sama jugak kan suka bulan kelahiran u alls...in my story...bnyak sngt terserempak ng kebetulan ngn number9...hope sy masih d bri peluang bertemu dengan my day turn to.....hihi opsss rahsia  ...tp bulan ni yg lain nya myimam je takde cos of kite kat sini (sobab kerjoo demi mencari sesuap nasi...huhu sesuap ke..dah bersuap2 doh ni..) die plk kat kmpg...salunya dia akan bacakan doa selamat ulang tahun buat kite ...waaaa sodehh nihhh...takpe2 apa pun dugaan rintangan kite tempuh...ayah as myimam salu pesan i hav to be strong...cos our Almighty is owes with uS.....lop lop u my imam or my ayah..keep calm n stay solat n dua....walaupun kite buat salah..kene teruskan mintak maaf kat our owhsem  Allah..sebab as u alls know..dia sangt pemaaf tau tau tau...setiap yg jd mesti ada hikmah ...smileee ...tenyumm ckit ..sweet like gula2 kapas u alls. Huhu

Hadiah dr Allah the almighty

‎''Hadiah tidak selalu terbungkus dengan indah, kadangkala Allah membungkusnya dengan masalah..tetapi di dalamnya tetap ada barakah... bersabarlah untuk apa pun..''sabar itu kan INDAH kawan-kawan......

Monday, 1 September 2014

Indahnya

Indahnya hidup seperti burung...terbang kemana saja sesuka hati..