Sunday, 30 November 2014

Bila tersedar

Kadang kita perlu berhenti berlari..duduk dan berfikir sejenak..masya Allah..Allah nak hadiahkan pelangi setelah dia turunkan hujan.kadang kita sbgai hambanya lalai tak menyadari.....ya rabb..indahnya rasa yg takdapat d gambarkan...perasaan itu sayu bila mengingat mu ya rabb..hati seperti bergetar ...mata kadang berkaca.takdapat nak dceritakan pada sesiapa pun hanya mampu jari menari d laman ini menggambarkan rasa ini.bersyukur d berikan hati yg kian hari kian bergetar mencari sesuatu d jalan mu ya rabb..cemburu melihat muslimah2 dluar.tringin sekali menjadi seperti mereka,.kadang soalan bermain d kotak pikiran..muslimahkah aku..sudah cukupkah..baikkah diri ini..membuat aku menjadi takut d bumi mu ya rabb.namun impian ku agar suatu hari kelak akan ada yg akan membimbingku agar terus kejalan mu..agar terus sujud.andai diri tak menjadi kebanggaan di dunia..ku harap akan menjadi kebanggaan orgtuaku d akhirat kelak....aku seorang pendosa...

Friday, 28 November 2014

Ya Rabb

Ada orang mencintai langit, lantas dia mahu jadi penerbang.
Ada orang mencintai laut, lantas dia mahu jadi penyelam.
Dan ada orang mencintaimu, namun ia simpan dalam-dalam. Lantaran takut tenggelam.

Aku simpan,
dalam-dalam,
diam-diam.
Moga tidak tersangkut perangkap syaitan.

Biar Dia saja yang Tahu.
Biar.

Jodoh adalah yang kamu biarkan pergi,
namun tetap kembali.
Yang kamu biarkan menunggu,
namun tetap tersenyum menanti

Ya Allah, aku belum mampu jadi solehah.
Belum lagi.
Meski ku trkadang lalai.

Terima kasih Allah,
asbab dari seorang hambaMu.
dan sehingga kni Engkau sentiasa menemaniku

kerna yang ku inginkan hanya RidhaMu..
Rabb, tolong, sampai 'dia' tiba. Sibukkan aku dengan mengingatiMu. Sibukkan aku dengan urusan yang buat Kau gembira. Sibukkan aku dengan segala urusan dunia yang menjadi jambatan ke 'sana'. Sibukkan aku sehingga aku bersedia dan 'dia' tiba.

Kalau 'dia' sudah jadi 'halal' untuk kusentuh hatinya nanti, tidak perlu diasak dengan soalan berkali-kali, aku akan beritahu sendiri. Agar 'dia' mengerti...

Thursday, 27 November 2014

Impian ku ...insya Allah

Diri ini tak sempurna ..masih lemah dalam segalanya. Tp impian ,ingin menjadi solehah..biarpun tidak menjadi kebanggaan d dunia namun punya impian menjadi kebanggaan ayah mak di akhirat sana..semoga Allah memimpin jalanku..walau berliku apa pun...sy bukan wanita warak yg alim ...sy punya bnyak kelemahan..tp sy punya hati yg salu bergetar pabila namanya(pencipta) yg suci d laungkan.....sebak hiba...segalanya bermain d pikiran.menginginkan ..selalu berdoa akan d kurniakan penamping yang salu membimbing mengajar dan mengajak trus sama2 sujud serta istiqomah d jalan yg benar...andai wanita yg alim di cari itu bukan sy..andai mencari wanita yg kaya punya harta itu juga bukan sy...andai mencari kecantikan itu juga bukan sy...namun andai mencari wanita untuk d bimbing menuju kejalan itu ...insyaallah sy hamba Allah yg bnyk kelemahan.

 

Wednesday, 26 November 2014

Seriously rupanya die betul2 seorang ustaz

Masya Allah.....slama ini sy ingt tu tak betul..yup mmg tahu orangnya punya ilmu agama..malah pandai berniaga...tp die sangat rendah diri ,prcakapan nya sangt lembut..n takpernah pun cerita pasal siapa dia sebenar....sejujurnya sy menghormati dia..n perasaan yg Allah hadirkan dr dulu time mula kenal sampai sekarang

..masya allah..perkenalan yg sangt berbeza jalannya..dan baru semalam sy d bagitahu die betul2 ustaz bukan main2..slama ini sy ingt ayah atau saudaranya yg punya gelaran ustaz.

Ya Allah...syukur sngt..tp kenapa dia salahfaham.sy bukan berpura2..hanya Allah yang lebih mengatahui.siapa pun kamu sy terima seadanya...maafkan sy..sy hanya insanyg serba kekurangan.

Ketahuila semakin sy mengetahui kebenaran semakin sy bersyukur ...mengagumi dan menghormati...alhamdulillah.

Friday, 21 November 2014

Never give up

Duhai pencari…
Tanyakan pada hati…
Apa yang sebenarnya kau cari,tanyakan juga pada diri,
Dimana carianmu itu tersembunyi.
Walau belum ditemu, masih lagi mencari
Walau jauh berbatu,masih lagi mendaki
Buatmu duhai pencari
Yakinlah pada apa yang kau cari
Sandarkan citamu pada daya
Labuhkan layarmu pada cinta
Apa yang kau cari itu,pasti akan kau jumpa
Yang tidak kelihatan itu tak semestinya sedang bersembunyi..
Yang tidak kelihatan itu,tak semestinya menanti..
Kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian..
Mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian..
Selangkah dirimu mencari, seribu langkah sedanglah menghampiri…
Jangan berhenti pada helah dan dunia..
Kerana yang kau cari itu abadi..
Yang kau lihat itu adalah fana
Jangan kau gentar pada sunyi..
Kerana sunyi itu mengejarmu,rindu pada yang dicari..
Jangan kau peduli pada caci
Kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang dicari..
Wahai pencari, teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu
Dalam keadaan reda dan meredhai…

~Aku jatuh cinta pada yang dicari~

Thursday, 20 November 2014

Askar maksud namanya...dia

sekali lagi ujian datang menjengah hati..
Dulu mr chipsmore hadir.. tanpa ku tahu siapa dia sebenarnya.. 

 hatiku disapa lembut..
sedikit terusik barangkali...
namun.. aku risau dan gundah..
apakah ini ujian ataupun ganjaran??..

Di bumi malaya sekali lagi hatiku diintai..
dibalik celahan jendela yang terbuka..
pada ketika itu..
aku hanya sekadar menyapa dengan senyuman yang bersisa..
apakah aku penentu untuk jalan ini dibuka..???

sekali lagi hatiku dibelai manja..
si Dia hadir menjanjikan bahagia..
pertama kali dilihat.. dikatanya suka..
apakah kriteria penentu keputsannya??

sekali aku air mataku mengalir ..
bantulah aku dan tunjukkanlah aku jalan yang kau Redhoi..
janganlah kau biar aku lalai dan leka..
dek kerana sibuk mencari cinta manusia..
yang belum tentu penghujungnya Syurga..

sekali lagi aku kecundang..
bagai melawan nafsu menggunakan pedang..
apakah nafsuku akan kalah dan kecundang..
pada jiwa dan manusia yang dilarang???

sekali lagi aku cuba memahami..
akan perkara yang terjadi..
namun aku buntu utk mencari jalan keluarnya sendiri..
bantulah aku ya Rabbi..

tunjukkanlah padaku.. Ya Allah..
hadirkanlah yang terbaik utk aku dan agamaku..
ameen.

DUNIA SEMENTARA

#selfReminder
Thnks to Allah..ujianmu tarbiyah buatku
Syukur setiap kali di uji hambamu trjatuh..satu dunia seolah mahu menghapuskan kewujudan ini..namun di masa yg sma kau kuatkan ku untuk terus berdiri dan  sujud padamu..masya allah manisnya taktekira..thnks to our Almighty..ku kembali padamu takkan ku undur dan abaikan lagi cinta buatmu ya Rabbul alamin... So u alls. Siapa nak rasa indahnya sujud manisnya perasaan ketika mengadu pada yg satu...tryla takrugi..jom semua back to our almighty...#Dunia semakin tua..

Wednesday, 5 November 2014

Tarbiyah dari Allah...

sampai satu masa kita penat..kita berhenti berjalan dan bertanya soalan macam2 pada diri sendiri ..yg mana jawapan nya kita tak punya.....apa yg kita ada d dunia n apa yg kita buat untuk bawa bekalan di akhirat kelak...ya allah...hnya pada nya kekuatan kita dan kemudian kita meneruskan perjalanan tnpa tahu d mana berakhirnya ..dimana naik turunnya..sesungguhnya musibah adalah tarbiyah dari NYA.

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..

Smile

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?

Atau Bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?

Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?

Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah swt;

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah swt berfirman :

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Jangan bersedih.. bersabarlah..
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk