Alhamdulillah, masih indah HARI INI untuk dilalui buat kesekian kalinya dalam kesempatan yang Allah beri kepada kita. Indah sangat menginsafi diri apabila sejak membuka mata sehingga saat sedang mengetik patah-patah kata ini, Indah dalam keadaan sihat, masih bernafas lega, tidak tersekat-sekat. Indah mampu berjalan dengan cergas. Bersemangat. Lebih-lebih lagi, setelah tanggungajawab sebagai hamba Allah sudah ditunaikan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga HARI INI.
KELMARIN yang berlalu, banyak memberi manfaat untuk diambil pengajaran dan sempadan atas apa yang telah kita lakukan. Banyak membuat refleksi kepada KELMARIN yang mempunyai ceritanya. Jangan pernah berputus asa jika KELMARIN memberi duka kepada kita. Teruskan hidup untuk HARI INI. Jika KELMARIN mengundang bahagia dan kejayaan, maka kita hendaklah lebih bersemangat untuk perjuangan HARI INI dan HARI ESOK yang bakal menjelma. Tidak ada manusia yang RELAKS dalam hidupnya. Semua manusia akan diuji Allah bagi membezakan orang yang bersyukur atau orang yang kufur.
Semoga HARI ESOK yang menjelang walaupun belum pasti Indah dapat melaluinya kerana HARI ESOK belum datang dan kita tidak tahu apa yang berlaku. Mudahan HARI ESOK, Indah akan kembali melihat dunia ini. Aamiin. Oleh itu, jangan sia-siakan HARI INI dengan perkara yang menyusahkan kita untuk HARI ESOK DI SANA nanti. Kutiplah bekalan HARI INI dengan sebanyak-banyaknya. Jangan bertangguh untuk berbuat baik pada HARI INI. Jangan bertangguh untuk HARI ESOK, kerana HARI ESOK belum tentu ada untuk kita.