Ya Allah,
seandainya telah Engkau takdirkan, dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku
Peliharalah aku dari kekecewaan... cinta Allah yang sedang ku cari, makanya dengan itu aku lepaskan segala cinta yang menetap dihati selain cinta Rabbi...semoga pengorbanan ini membuahkan hikmah yang bisa mengukir senyuman lagi di bibir ini dalam bahagia yang abadi...
~sekadar tulisan buat muhasabah diri ~ <3
Sunday, 12 August 2012
Friday, 10 August 2012
CARA BERISTIQAMAH DAN MEMELIHARA IMAN
- Sentiasa mesra dengan Al-Quran, menghafal serta merenung maksudnya.. Ia merupakan rujukan dan sumber utama bagi umat islam..
- Mesti beriltizam dengan segala syariat Allah dan sentiasa melakukan amal soleh dalam apa jua keadaan..
- Mempelajari dan menghayati kisah para Nabi dan Rasul kerana terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang amat bernilai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..
- Mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diperteguhkan keimanan, diampunkan dosa-dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat. Sesungguhnya doa ialah senjata ampuh bagi orang mukmin dan bertaqwa..
- Sentiasa mengingati Allah (zikir) walau di mana saja berada..
- Sentiasa berusaha melalui jalan yang benar dan diredhai Allah SWT.. Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut serta malu kepada Allah untuk melanggar perintah-Nya..
- Bersungguh-sungguh menuntut ilmu dalam segenap bidah setakat termampu, sama ada agama, politik dan sebagainya..
- Meyakini setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan penuh semangat dan optimis..
- Berdakwah menyampaikan perkara yang baik kepada orang lain dengan bijaksana dan kasih sayang..
- Mendekati orang-orang yang berilmu, para ulama serta orang yang boleh memberi tunjuk ajar.. Jalinkan ukhuwwah serta kasih sayang dengan mereka..
- Yakinlah dengan pertolongan Allah serta yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak..
- Mengenali hakikat kejahatan, kemaksiatan dan kemugkaran supaya tidak mudah terpedaya dengannya..
- Mengamalkan akhlak islamiyyah dan sentiasa berusaha memperbaikh diri dengan mengamalkan sifat sabar, ikhlas, amanah, jujur dan sebagainya..
- Selalu meminta khidmat nasihat dari orang yang soleh dan berilmu..
- Sentiasa mengingati mati, azab neraka dan nikmat syurga yang akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran..
Subscribe to:
Posts (Atom)