Friday, 10 August 2012

CARA BERISTIQAMAH DAN MEMELIHARA IMAN

  • Sentiasa mesra dengan Al-Quran, menghafal serta merenung maksudnya.. Ia merupakan rujukan dan sumber utama bagi umat islam..
  • Mesti beriltizam dengan segala syariat Allah dan sentiasa melakukan amal soleh dalam apa jua keadaan..
  • Mempelajari dan menghayati kisah para Nabi dan Rasul kerana terlalu banyak pengajaran dan tauladan yang amat bernilai untuk diamalkan dalam kehidupan seharian..
  • Mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya diperteguhkan keimanan, diampunkan dosa-dosa dan diberi kebahagian dunia dan akhirat. Sesungguhnya doa ialah senjata ampuh bagi orang mukmin dan bertaqwa..
  • Sentiasa mengingati Allah (zikir) walau di mana saja berada..
  • Sentiasa berusaha melalui jalan yang benar dan diredhai Allah SWT.. Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut serta malu kepada Allah untuk melanggar perintah-Nya..
  • Bersungguh-sungguh menuntut ilmu dalam segenap bidah setakat termampu, sama ada agama, politik dan sebagainya..
  • Meyakini setiap perbuatan yang baik dilakukan dengan penuh semangat dan optimis..
  • Berdakwah menyampaikan perkara yang baik kepada orang lain dengan bijaksana dan kasih sayang..
  • Mendekati orang-orang yang berilmu, para ulama serta orang yang boleh memberi tunjuk ajar.. Jalinkan ukhuwwah serta kasih sayang dengan mereka..
  • Yakinlah dengan pertolongan Allah serta yakinlah bahawa hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat kelak..
  • Mengenali hakikat kejahatan, kemaksiatan dan kemugkaran supaya tidak mudah terpedaya dengannya..
  • Mengamalkan akhlak islamiyyah dan sentiasa berusaha memperbaikh diri dengan mengamalkan sifat sabar, ikhlas, amanah, jujur dan sebagainya..
  • Selalu meminta khidmat nasihat dari orang yang soleh dan berilmu..
  • Sentiasa mengingati mati, azab neraka dan nikmat syurga yang akan mendorong kita melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran..

No comments:

Post a Comment