Wednesday, 31 December 2014

Alhamdulillah, masih indah HARI INI untuk dilalui buat kesekian kalinya dalam kesempatan yang Allah beri kepada kita. Indah sangat menginsafi diri apabila sejak membuka mata sehingga saat sedang mengetik patah-patah kata ini, Indah dalam keadaan sihat, masih bernafas lega, tidak tersekat-sekat. Indah mampu berjalan dengan cergas. Bersemangat. Lebih-lebih lagi, setelah tanggungajawab sebagai hamba Allah sudah ditunaikan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga HARI INI.

KELMARIN yang berlalu, banyak memberi manfaat untuk diambil pengajaran dan sempadan atas apa yang telah kita lakukan. Banyak membuat refleksi kepada KELMARIN yang mempunyai ceritanya. Jangan pernah berputus asa jika KELMARIN memberi duka kepada kita. Teruskan hidup untuk HARI INI. Jika KELMARIN mengundang bahagia dan kejayaan, maka kita hendaklah lebih bersemangat untuk perjuangan HARI INI dan HARI ESOK yang bakal menjelma. Tidak ada manusia yang RELAKS dalam hidupnya. Semua manusia akan diuji Allah bagi membezakan orang yang bersyukur atau orang yang kufur.

Semoga HARI ESOK yang menjelang walaupun belum pasti Indah dapat melaluinya kerana HARI ESOK belum datang dan kita tidak tahu apa yang berlaku. Mudahan HARI ESOK, Indah akan kembali melihat dunia ini. Aamiin. Oleh itu, jangan sia-siakan HARI INI dengan perkara yang menyusahkan kita untuk HARI ESOK DI SANA nanti. Kutiplah bekalan HARI INI dengan sebanyak-banyaknya. Jangan bertangguh untuk berbuat baik pada HARI INI. Jangan bertangguh untuk HARI ESOK, kerana HARI ESOK belum tentu ada untuk kita.

Tuesday, 30 December 2014

Ku dambarkan cintamu

Dikala semua org sibuk mengejar cinta ...aku merayu menangis d sujudku meminta cinta Allah..meminta keampunan nya bagi segala kesilapan ku...ku dambarkan cinta mu ya rabb...ku ingin hati ini trus sayu bila nama mu bermain d minda ..akal kecil ku...

Monday, 22 December 2014

((Dunia)))apa yg kita cari??

Dunia semakin tua. ...sedarkan saya dr kealpaan...bangunkan jiwa yg kehausan..ujian tanda kasihnya Dia...terpulang pada diri samaada kita rebah atau bangkit kekuatan ada pada kita ...manisnya didalam hati yg mengingat kebesarannya bila dunia menekan kita.pertolongan Allah pasti ada,dia menguji kita atas kemampuan kita..takpula lebih dr itu..cepat atau lambat pasti ada jalannya.pernah seorg ustaz dalam ceramahnya menyebut tentang bukan berapa bnyak doa yg kita tlah buat tp brapa kali kita merayu memohon taubat,itu la yg d pandang oleh yang maha mengatahui...wallahu'alam
#slamatPagi_Assalammualaikum.
#muhasabahdiri
#hambayglemah

Monday, 15 December 2014

Pilihan..

Mana satu pilihan saya dan awk dia dan semua...
HusnulKhatimah  atau Su'ulKhatimah.wallahua'lam....i do remind myself in every step...even im not so gud.but i do know...kalau kita buat kita dapat...masyaAllah..
#Husnul khatimah bermaksud berakhimya kehidupan manusia di dunia dengan kesudahan yang baik sebaliknya #suul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk.

Thursday, 11 December 2014

Perancang yg baik dr perancangan Kita

Setiap sesuatu matlamat memerlukan perancangan...kejarlah matlamat dengan usaha doa dan nawaitu yg betul sebagai hambanya. Serta buatla perancangan yg betul tetapi selitkan sedikit sabar dan  tawakal pada yg satu..jgn letakkan harapan yg keterlaluan ..agar kita redha andai perancangan tak menjadi .kerana kadang perancangan Allah lebih baik buat kita sbagai hamba yg selalu alpa .kita mengharapkan panas ,Allah bagi hujan tp kita lupa selepas hujan Allah hadirkan pelangi yg indah...kadang kita merasa sesuatu itu tidak baik untuk kita padahal Allah tahu itulah yang terbaik buat kita .
salamUkhwahfillahAbadanAbada
♡_sHs_♡

Thursday, 4 December 2014

Dalam perjalanan ku

Dalam perjalanan d jalan yg panjang...sepertinya setiap kita merasa ,trmasuk saya jatuh bangun...menangis ..gembira...kecewa..jauh kita sudah bejalan berbagai  rasa yg kita tempuh,bila niat hati ingin namun Allah kata tunggu sesungguhnya dia tahu bila masa yg sesuai buat kita,perancangannya la yg terbaik ...kadang kita silap jalan,kita trhantuk kita tersedar.kadang apa yg kita rasa tak elok ..tetapi benda itulah yg terbaik buat kita sebagai hamba nya yg kerdil dan hina ini.....wahai diri ..wahai hati Terusla istiqomah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhati . Walaupun setiap kali salah, kita sedar dan bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun. ....ku ingin kuat d jalan mu ...ku ingin d bimbing terus ke jalan yg satu ....
Bi Hifzillah!
 

Sunday, 30 November 2014

Bila tersedar

Kadang kita perlu berhenti berlari..duduk dan berfikir sejenak..masya Allah..Allah nak hadiahkan pelangi setelah dia turunkan hujan.kadang kita sbgai hambanya lalai tak menyadari.....ya rabb..indahnya rasa yg takdapat d gambarkan...perasaan itu sayu bila mengingat mu ya rabb..hati seperti bergetar ...mata kadang berkaca.takdapat nak dceritakan pada sesiapa pun hanya mampu jari menari d laman ini menggambarkan rasa ini.bersyukur d berikan hati yg kian hari kian bergetar mencari sesuatu d jalan mu ya rabb..cemburu melihat muslimah2 dluar.tringin sekali menjadi seperti mereka,.kadang soalan bermain d kotak pikiran..muslimahkah aku..sudah cukupkah..baikkah diri ini..membuat aku menjadi takut d bumi mu ya rabb.namun impian ku agar suatu hari kelak akan ada yg akan membimbingku agar terus kejalan mu..agar terus sujud.andai diri tak menjadi kebanggaan di dunia..ku harap akan menjadi kebanggaan orgtuaku d akhirat kelak....aku seorang pendosa...

Friday, 28 November 2014

Ya Rabb

Ada orang mencintai langit, lantas dia mahu jadi penerbang.
Ada orang mencintai laut, lantas dia mahu jadi penyelam.
Dan ada orang mencintaimu, namun ia simpan dalam-dalam. Lantaran takut tenggelam.

Aku simpan,
dalam-dalam,
diam-diam.
Moga tidak tersangkut perangkap syaitan.

Biar Dia saja yang Tahu.
Biar.

Jodoh adalah yang kamu biarkan pergi,
namun tetap kembali.
Yang kamu biarkan menunggu,
namun tetap tersenyum menanti

Ya Allah, aku belum mampu jadi solehah.
Belum lagi.
Meski ku trkadang lalai.

Terima kasih Allah,
asbab dari seorang hambaMu.
dan sehingga kni Engkau sentiasa menemaniku

kerna yang ku inginkan hanya RidhaMu..
Rabb, tolong, sampai 'dia' tiba. Sibukkan aku dengan mengingatiMu. Sibukkan aku dengan urusan yang buat Kau gembira. Sibukkan aku dengan segala urusan dunia yang menjadi jambatan ke 'sana'. Sibukkan aku sehingga aku bersedia dan 'dia' tiba.

Kalau 'dia' sudah jadi 'halal' untuk kusentuh hatinya nanti, tidak perlu diasak dengan soalan berkali-kali, aku akan beritahu sendiri. Agar 'dia' mengerti...

Thursday, 27 November 2014

Impian ku ...insya Allah

Diri ini tak sempurna ..masih lemah dalam segalanya. Tp impian ,ingin menjadi solehah..biarpun tidak menjadi kebanggaan d dunia namun punya impian menjadi kebanggaan ayah mak di akhirat sana..semoga Allah memimpin jalanku..walau berliku apa pun...sy bukan wanita warak yg alim ...sy punya bnyak kelemahan..tp sy punya hati yg salu bergetar pabila namanya(pencipta) yg suci d laungkan.....sebak hiba...segalanya bermain d pikiran.menginginkan ..selalu berdoa akan d kurniakan penamping yang salu membimbing mengajar dan mengajak trus sama2 sujud serta istiqomah d jalan yg benar...andai wanita yg alim di cari itu bukan sy..andai mencari wanita yg kaya punya harta itu juga bukan sy...andai mencari kecantikan itu juga bukan sy...namun andai mencari wanita untuk d bimbing menuju kejalan itu ...insyaallah sy hamba Allah yg bnyk kelemahan.

 

Wednesday, 26 November 2014

Seriously rupanya die betul2 seorang ustaz

Masya Allah.....slama ini sy ingt tu tak betul..yup mmg tahu orangnya punya ilmu agama..malah pandai berniaga...tp die sangat rendah diri ,prcakapan nya sangt lembut..n takpernah pun cerita pasal siapa dia sebenar....sejujurnya sy menghormati dia..n perasaan yg Allah hadirkan dr dulu time mula kenal sampai sekarang

..masya allah..perkenalan yg sangt berbeza jalannya..dan baru semalam sy d bagitahu die betul2 ustaz bukan main2..slama ini sy ingt ayah atau saudaranya yg punya gelaran ustaz.

Ya Allah...syukur sngt..tp kenapa dia salahfaham.sy bukan berpura2..hanya Allah yang lebih mengatahui.siapa pun kamu sy terima seadanya...maafkan sy..sy hanya insanyg serba kekurangan.

Ketahuila semakin sy mengetahui kebenaran semakin sy bersyukur ...mengagumi dan menghormati...alhamdulillah.

Friday, 21 November 2014

Never give up

Duhai pencari…
Tanyakan pada hati…
Apa yang sebenarnya kau cari,tanyakan juga pada diri,
Dimana carianmu itu tersembunyi.
Walau belum ditemu, masih lagi mencari
Walau jauh berbatu,masih lagi mendaki
Buatmu duhai pencari
Yakinlah pada apa yang kau cari
Sandarkan citamu pada daya
Labuhkan layarmu pada cinta
Apa yang kau cari itu,pasti akan kau jumpa
Yang tidak kelihatan itu tak semestinya sedang bersembunyi..
Yang tidak kelihatan itu,tak semestinya menanti..
Kerana mencari yang tidak nampak itulah sebenarnya pencarian..
Mencari yang nampak itu sebenarnya hanyalah ujian..
Selangkah dirimu mencari, seribu langkah sedanglah menghampiri…
Jangan berhenti pada helah dan dunia..
Kerana yang kau cari itu abadi..
Yang kau lihat itu adalah fana
Jangan kau gentar pada sunyi..
Kerana sunyi itu mengejarmu,rindu pada yang dicari..
Jangan kau peduli pada caci
Kerana caci itu menguatkan cintamu pada yang dicari..
Wahai pencari, teruskan mencari kerana yang dicari itu sedang menantimu
Dalam keadaan reda dan meredhai…

~Aku jatuh cinta pada yang dicari~

Thursday, 20 November 2014

Askar maksud namanya...dia

sekali lagi ujian datang menjengah hati..
Dulu mr chipsmore hadir.. tanpa ku tahu siapa dia sebenarnya.. 

 hatiku disapa lembut..
sedikit terusik barangkali...
namun.. aku risau dan gundah..
apakah ini ujian ataupun ganjaran??..

Di bumi malaya sekali lagi hatiku diintai..
dibalik celahan jendela yang terbuka..
pada ketika itu..
aku hanya sekadar menyapa dengan senyuman yang bersisa..
apakah aku penentu untuk jalan ini dibuka..???

sekali lagi hatiku dibelai manja..
si Dia hadir menjanjikan bahagia..
pertama kali dilihat.. dikatanya suka..
apakah kriteria penentu keputsannya??

sekali aku air mataku mengalir ..
bantulah aku dan tunjukkanlah aku jalan yang kau Redhoi..
janganlah kau biar aku lalai dan leka..
dek kerana sibuk mencari cinta manusia..
yang belum tentu penghujungnya Syurga..

sekali lagi aku kecundang..
bagai melawan nafsu menggunakan pedang..
apakah nafsuku akan kalah dan kecundang..
pada jiwa dan manusia yang dilarang???

sekali lagi aku cuba memahami..
akan perkara yang terjadi..
namun aku buntu utk mencari jalan keluarnya sendiri..
bantulah aku ya Rabbi..

tunjukkanlah padaku.. Ya Allah..
hadirkanlah yang terbaik utk aku dan agamaku..
ameen.

DUNIA SEMENTARA

#selfReminder
Thnks to Allah..ujianmu tarbiyah buatku
Syukur setiap kali di uji hambamu trjatuh..satu dunia seolah mahu menghapuskan kewujudan ini..namun di masa yg sma kau kuatkan ku untuk terus berdiri dan  sujud padamu..masya allah manisnya taktekira..thnks to our Almighty..ku kembali padamu takkan ku undur dan abaikan lagi cinta buatmu ya Rabbul alamin... So u alls. Siapa nak rasa indahnya sujud manisnya perasaan ketika mengadu pada yg satu...tryla takrugi..jom semua back to our almighty...#Dunia semakin tua..

Wednesday, 5 November 2014

Tarbiyah dari Allah...

sampai satu masa kita penat..kita berhenti berjalan dan bertanya soalan macam2 pada diri sendiri ..yg mana jawapan nya kita tak punya.....apa yg kita ada d dunia n apa yg kita buat untuk bawa bekalan di akhirat kelak...ya allah...hnya pada nya kekuatan kita dan kemudian kita meneruskan perjalanan tnpa tahu d mana berakhirnya ..dimana naik turunnya..sesungguhnya musibah adalah tarbiyah dari NYA.

Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..

Smile

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?

Atau Bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?

Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?

Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah swt;

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah swt berfirman :

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Jangan bersedih.. bersabarlah..
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk

Friday, 31 October 2014

Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati LillahiRabbil 'alamin...

seringkali ku baca dalam solat ku....
namun jarang sekali aku duduk...
dan merenung sejenak...
Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam....

walau berulang ku ucap...benarkah segalanya hanya kerana Mu?
solatku...masih sering terganggu...
ibadahku..masih banyak cacatnya...
hidupku...masih belum lurus halanya...
matiku...masih menjadi persoalan...
Benarkah segalanya hanya kerana Mu, ya Allah....

Ya Allah...
ku cuba sedaya nya...
bantu ku dalam mujahadah ku...
Ya Allah...
terimalah...walau masih banyak lagi cacatnya...
terimalah ya Allah....
kepada siapa lagi hendak ku persembahkan semua ini...
semuanya hanya untuk Mu

Wednesday, 22 October 2014

Dalam usia dunia yg tua...

Dalam usia yang semakin ke hujung ini,dunia pula semakin tua.. apa yang kita harap ialah yang baik-baik sahaja. Tidak mahu kekecohan, inginkan ketenangan. Berpada-pada dengan apa yang ada tanpa merencatkan usaha untuk mendapat yang lebih berkat. Bersendirian… tidak kesunyian. Di tengah ramai… tidak pula kelelahan. Ada masa untuk tafakur di jalan Allah dengan zikir dan wirid yang istiqamah. Ada masa untuk keluarga dengan pelbagai karenah tetapi tetap sakinah.

Satu pesanan yang sering menjadi ingatan: Bergembiralah membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Jauhilah dari riya’, sum’ah dan ujub. Sedikit amalan, dengan ikhlas lebih baik daripada banyak tetapi dicelahi oleh rasa sombong. Bila berjaya melakukan kebaikan, jangan memperkecilkan orang lain. Justeru, masih ada manusia yang tidak dikenali di bumi tetapi sangat tersohor di langit sana. Kebaikan jangan dianggap jasa, tetapi anggap sahaja penebus dosa.

Buat semua yang membaca… doakan aku, insan kerdil yang sering patah dalam mujahadah ini. Aku ingin segala-galanya indah, ceria dan tenang… namun siapalah aku? Kau, aku dan kita cuma seorang hamba. Pada kita ada tadbir. Tetapi pada Allah segala Takdir. Lalu usaha kita hanyalah… menserasikan tadbir mengikut Takdir!

Wednesday, 24 September 2014

Kisah ku : kerana hp badan binasa


Assalamualaikum..

ye begitulah bunyi tajuknya...
alkisahnya....
td masa nak turun tangga opis..
mata ni lekalah tengok henfon ade org kol ...
henfon kt tangan kanan....
bahu kiri ada bag...
masa nak turun tu dengan confidentnya tak tengok pun anak tangga tu..
kunun dah hafal sangat lah kan..
Dr tingkat 3turun tingkat 2 ok lagi masuk tingkat tiga ada 6 steptngga Trun ....tiba2 salah step..
terlangkau 4 anak tangga..
then badan tak boleh control..
Akak jatuh uolss...
bedebuk 4 anak tangga trus sampai bawah..
aksi ape masa jatuh tu pun dah tak ingat..
rasa macam kuak lentang ..
tapi rasa macam kuak kupu2.. (fly like superman.. landing like nangka busuk..)
tapi seingatnya mcm dlm gambar  lahhh..
dah jatuh tu tkleh bangun kaki trus jem tersembab kat depan pintu opis org kat tingkat bawah(yg tragis dalm opis tu masih ada org)
Dgn kuat jugak bunyik masa jatuh tu...rasanya dak opis yg masih ade dlm opis tu mesti dengar..
benda 1st check henpon... boleh gitu..?? Ya Allah
Dgn air mata tgok fon..ngn kaki tetiba takleh gerak sy kuatkan jgk bgun...pastu perlahan turun d papah akak kiter ...sakit sngt..

Tula dia tetiba sy terkenang pepatah kalau jatuh bangun sendiri...camtula jgk kehidupan bila jatuh mcm.mnaa teruk pun kita bangun sendiri ...

Allah maka menyayangi....

Ingt tau dlm.kehidupan pun kalau kita jatuh 7 kali kita bangun la 8 kali..k..

Aduii balik dr hsptl pantai td trus baring n lepas kuatkan smngt utk mrghb...lepas tu baring n terasa sangt satu badan..ngn kaki terseliuh plus badan semua sakit2 n lebam..

Ya allah andai ini jalan nya aku redha..

Smoga tidur dengan nyenyak malam ni
Sweet dream..

Sunday, 21 September 2014

Bicara hati penjaga hati

Apa sebenarnya arti bahagianya diriku sebagai hambamu d bumi yg bersifat semantara ini ya rabb...kadang terasa lemah bahu memikul..terasa longlai kaki melangkah..namun ku terus kuat menuju ke depan...hnya padamu tmpat ku mengadu segalanya..dari mata kasar org lain mungkin aku sekuat kerikil mampu trsenyum sentiasa..namunnpada dasarnya. Aku rapuh..ya rabb andai ini adalah kisah yg engkau dahbtetapkan bagiku. Aku redha dan pasrah...hanya sebait doa mampu ku ungkapkan dalam setiap sujudku padamu ya rabb ..

Friday, 19 September 2014

Cara hamba Memandang Ujian Dari Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 09 sept lepas,  hari jadi yg ke 2_(hihi secret ok). SanahHelwah kepada semuanya yang menyambutnya kelahiran on septmber ^_^

nikmat Islam, nikmat sihat, nikmat adanya keluarga yang memahami sy, nikmat rasa kasih kepadaNya selalu saya syukuri. Harap Allah kekalkan rasa syukur ini. Syukur bukanlah setakat kita bahagia dengan apa yg kita ada, tapi kita tetap tersenyum even kita tak dapat apa yang kita minta, sebab cukuplah dengan apa yg Allah anugerahkan dalam hidup ini.

Tahun ni sperti biasa takde sambut birthday atas sebab  ......, Allah tak izinkan and Dia tahu yang terbaik. Tahun nih jugak dapat hadiah birthday, Allah bagi sakit..n jalan d negeri org ..Allah tarik sekejap nikmat sihat nih. Kata seorang sahabat ‘bertuah sakit time birthday, Allah pilih awak untuk diuji dan hapuskan dosa-dosa kalau kita tak mengeluh dan tak merungut ’. Alhamdulillah, pandang apa yg Allah beri dengan pandangan yg baik, semua dari ALLAH.

Yakin apa yang terbaik dalam diri, kadang-kadang bila tak kuat, kita lemah, kita tenggelam dalam kelemahan kita, kita tak mampu cari kekuatan tu, if u wanna cry, just cry. Kalau tangisan dapat melegakan kita, why not untuk kita menangis. But never forget yang semua ini dari Allah. tika kuat, tika lemah, kembali kepda Dia. Actually, itu yang membuatkan kita kuat. Trust me!

Kadang-kadang kita lemah, iman kita tak kuat, kita keluar dari lubang kemungkaran dengan penuh pengharapan kepada ALLAH, then selepas tu kita jatuh balik dalam lubang tersebut. Kita lupa dengan janji kita kepada Allah. kita lupa dengan apa yang Allah janjikan untuk kita, mudah sungguh dalam menuruti syaitan !

(Sy ambik nasihat ni dr one of koleksi bukusy)Nasihat habib Aljufri kepada mereka yg nak kembali kpd Allah even dah banyak kali buat munkar ;

“aku khabarkan berita baik kpd mereka semua, penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dengan ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian sekali lagi kembali kepada Allah, ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah. selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka .

Demi Allah, wahai saudaraku. Jika Allah tidak mencintai kamu, DIA tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu rasa kepedihan. Ini adalah perasaan yang kita rasakan 'aku ada lakukan kesalahan'. Perasaan yang bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalain aku kepada Allah. bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya Iman, di sini cahaya lilin (keimanan) itu ada, tapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya (keimanan) ini adalah tekad melakukan maksiat. Jika kita memandang remeh dan ringan terhadap maksiat pada diri sendiri, ini bahaya ianya adalah isyarat cahaya Iman mula menghilang.”

Ya Allah.. sungguh hebat kalam ulama ini. Hati perlu kepada santapan rohani, teringat sy seorang ustazh pernah pesan, ‘dalam sehari jangan pernah lupa bagi makanan kepada hati, dengan cara mana ? caranya dengan selalu membaca ayat Alquran, baca hadis, sirah zaman dahulu, banyakkan berzikir dan selawat. Dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang. Banyakkan buat perkara sunnat, solat hajat jangan tinggal, mohonlah dalam sujud yang terakhir. Before tidur, sunnat witir 3 rakaat, surah alMulk jangan lupa, peneman kita di dalam kubur nanti.(walaupun sy salu ingt tp lumrah manusia salu khilaf dan kita manusia biasa...takpe2 tak kira brapa bnyak lupa n khilaf ...yg penting jangan lupa bertaubat..tp tak bermaksud blh salu buat k.

Pesanan untuk semua sahabat dan diri sendiri, memang kita sebagai manusia, sangat lalai dalam menguruskan urusan seharian, kadang2 kita tersasar dari landasan Allah, kita lupa Allah yang guide kita. Kita lupa tentang akhirat. Tapi itu semua bukan alasan untuk kita jauh dari Allah, bukan sebab kita memandang ujian dengan sesuatu yang ‘teruk’. Saya ingat sabda Rasulullah, sungguh ajaib hati org mukmin itu, apabila diberi ujian, dia memandang itu semua kebaikan dari Allah.

brothers and sis, berapa kali kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ? berapa kali kita memandang dengan kebaikan dengan ujian hidup yang Allah berikan ? adakah sepanjang hidup kita, kita hanya mencaci maki dengan ujian ini semua ? Nau’zubillah. Sebenarnya, ujian yang Allah turunkan kpd kita, semuanya atas sebab kita sendiri, kita jauh dari Allah, kita kufur nikmat. Dan Allah beri ujian sebagai tanda cintaNYA kepada kita.

Kata seorang sahabat 'dear, tak de mende la Allah nak bagi ujian melainkan Dia nak kita merintih kpada Dia ’. if kita redha, kita bersabar, insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. Put your trust to Allah'. jika kita ditimpa masalah, Allah tak suruh kita berfikir cari jalan penyelesaian, Allah suruh kita SABAR & SOLAT. Itu usaha kita, Allah nak kita kembali kepada Dia, itu kasih sayang Allah kepada hambaNYA.

Jika kita ditimpa masalah, ambil wudhu, solat, berdoa kepadaNYA, senyumlah dengan kasih sayang Allah, katakana ‘ya Allah, aku redha & sabar dengan semua ini, sesungguhnya semua ini dari Engkau, maka berikanlah kebaikan kdpku atas semua ini’

Biarlah kita penat lelah di dunia untuk mncari redha Allah, kasih sayang Allah,kasih kepada Rasulullah. jika itu yang dijanjikan kesenangan buat kita di akhirat nanti.

Kadang-kadang diri perlu kuat untuk melawan segala ‘rasa’ ini. Kekuatan dari Allah, so find it ! orang itu kuat kerana dia nak sembunyikan kelemahannya, memang betul manusia ada kelemahan dan kelebihan, tapi jangan jadikan kelemahan sebab untuk kita tak boleh menjadi seorang mukmin, muttaqin, muslim.

Jika peroleh cinta, ciptakan cinta atas dasar kepada Allah, usahakan untuk menampakkan cinta keranaNya. Istighfar jika sudah tersasar jauh, biarlah orang tak mampu menilai hati kita, yang penting niat kita untuk dapat redha dariNYA.

Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita, ujian buat kita. Jika dia terbaik buat kita, pertahankan ! usahakan solat hajat, istikharah, tahajjud. kita nak something, pohon hajat kepadaNya. Kita lemah, Allah kuat dengan tahajjud kepadaNya. kita buntu buat keputusan, Allah bagi jawapan dengan istikharah, Alhamdulillah

Allah nak lihat usaha kita, Allah nak lihat sejauh mana kita mampu bertahan. Tapi jangan pernah dilupakan cinta kepadaNYA, cinta sesama manusia, make sure ianya lillahi ta’ala. Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil, yakin dengan Allah. DIA akan beri yang terbaik untuk kita, pandanglah ia dengan pandangan kebaikan.

Ayah pesan, when u get good husband, the soleh one, u will get everything. Because he will make your love to Allah more stronger & more amazing. Jadikan diri yang terbaik

Tuesday, 16 September 2014

Perhatikan Caraku Mencintaimu


Perhatikan caraku memperhatikanmu.
Apakah sudah mampu kau rasakan dengan hati,
bahwa ada yang dengan begitu perhatian
telah mengetahui segala hal tentangmu?
Aku tahu apa yang akan kau lakukan saat kau kesal.
Aku tahu apa yang akan kau lakukan saat kau sedih.
Aku tahu apa yang akan kau katakan saat kau sedang ingin bergurau.
Aku tahu semua kebiasaanmu.
Aku tahu.
Perhatikan caraku mengingatkanmu
tentang segala hal yang kau anggap tak penting.
Apakah sudah sanggup kau rasakan,
bahwa ada yang begitu rela meluangkan waktunya
untuk sekedar menghindarkanmu dari lupa.
Jangan lupa sarapan.
Jangan lupa makan siang.
Jangan lupa sholat.
Jangan lupa pakai jaket, cuaca sedang tak bersahabat.
Jangan lupa istirahat yang cukup.
Jangan lupa minum yang cukup.
Ah tenang, aku tahu kau tidak amnesia.
Perhatikan caraku mendoakanmu.
Ah mungkin nanti Tuhan akan membantumu.
Karena hanya Dia yang Maha Tahu.
Tuhan, lindungi dia dimanapun dia berada.
Mudahkah segala urusannya.
Ringankan langkah kakinya.
Lapangkan dadanya.
Perbanyaklah rezekinya.
Dan bahagiakan lah dia.
Perhatikan caraku mencintaimu.
Semoga kau tahu,
itu lebih besar dari cintaku pada diriku.
Apakah ada yang salah dengan itu?
Tidak.
Karena cinta yang benar adalah benar

Sunday, 7 September 2014

Pembimbing Idaman

Wahai dia
Suami...imam..pembimbing idaman aku
Bukanlah seorang yang kacak bergaya,
Bukan jua seorang yang kaya dengan timbunan hartanya,
Bukan jua seorang mampu memberikan kemewahan yang dia ada,

Tapi..
Aku cuma menginginkan seorang lelaki yang soleh,
Seorang lelaki yang beragama dan beramal dengan agamanya it's Islam,
Seorang yang teguh dengan imannya, tawadduk dengan ilmunya,
Seorang yang sentiasa membimbing aku ke arah kebaikan,
Seorang yang sentiasa susah dan senang bersama,
Seorang yang redha dengan kekurangan aku,
Seorang yang tidak jemu memberi tunjuk ajar pada aku,
Seorang yang sentiasa ada bila aku memerlukan dirinya,
Seorang yang akan menjadi pendamping setia,
Mengenggam erat tangan aku untuk menuju ke Syurga Abadi bersama.

Insyaallah. Waiting you and the day love :)

Hati Seorang Wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
Bagaimana jika anda menghadapinya

Wednesday, 3 September 2014

Rindu seorg shbt


Sahabat sejati ini jugalah yang sentiasa akan berbakti serta memberi tanpa meminta balasan kembali. Dia sedar bahawa redha Allah yang utama dan sahabat yang pertama. Terima kasih ya 'Azza Wajalla kerana kurniakan kepadaku sahabat sejati.

Ya Allah, betapa aku merindui sahabat sejati yang telah Kau anugerahkan kepadaku. Lindungilah, sayangilah serta bahagiakanlah dia. Redhailah persahabatan kami. Tunjukilah kami jalan yang sebenar-benarnya agar kami dapat mendiami taman indahMu pada suatu hari nanti. Ameen ya Rabbal Aalamin.

Tuesday, 2 September 2014

Keep calm

Rasa nya takde apa yg istimewa kot...mungkin sama je mcm tahun yg lepas2.....berpuasa...mmm tu je yg istimewa rasanya...insyaallah kalau masih d panjangkan usia ini menuju tarikh tu...amin3...ya Allah terlalu cepat rasanya masa berlalu....kite suka sngt no 9...sangat2...u alls msti sama jugak kan suka bulan kelahiran u alls...in my story...bnyak sngt terserempak ng kebetulan ngn number9...hope sy masih d bri peluang bertemu dengan my day turn to.....hihi opsss rahsia  ...tp bulan ni yg lain nya myimam je takde cos of kite kat sini (sobab kerjoo demi mencari sesuap nasi...huhu sesuap ke..dah bersuap2 doh ni..) die plk kat kmpg...salunya dia akan bacakan doa selamat ulang tahun buat kite ...waaaa sodehh nihhh...takpe2 apa pun dugaan rintangan kite tempuh...ayah as myimam salu pesan i hav to be strong...cos our Almighty is owes with uS.....lop lop u my imam or my ayah..keep calm n stay solat n dua....walaupun kite buat salah..kene teruskan mintak maaf kat our owhsem  Allah..sebab as u alls know..dia sangt pemaaf tau tau tau...setiap yg jd mesti ada hikmah ...smileee ...tenyumm ckit ..sweet like gula2 kapas u alls. Huhu

Hadiah dr Allah the almighty

‎''Hadiah tidak selalu terbungkus dengan indah, kadangkala Allah membungkusnya dengan masalah..tetapi di dalamnya tetap ada barakah... bersabarlah untuk apa pun..''sabar itu kan INDAH kawan-kawan......

Monday, 1 September 2014

Indahnya

Indahnya hidup seperti burung...terbang kemana saja sesuka hati..

Tuesday, 26 August 2014

IN LIFE...


In life, if you are intelligent, you are admired. If you are wealthy, you are envied. If you are powerful, you are feared.

But if you're blessed with a good heart, you are remembered, always..

Some remembers it when you're alive, while some realizes only when you are gone....

It's not about the wealth, power, and intellect, but the LEGACY in life you leave behind are those people you've touched.

Pnjgahti

Saturday, 23 August 2014

Syukur

Allahuakbar...ya allah jgnla kau bolakbalikkan hati kami...agar kami trus berada d jalan mu..."rabbana'latuzigh quloobana ba'daizhadaitana wahablana miladunkarahmah innakaantal wahab"....terasa hiba segumpal daging yg berada dalam diri...terasa waktu dunia semakin singkat.. mengenang akan segala silap salah kecik atau besarnya dosa...bertaubat dan solat....adakah diterima d sisiNYA....cukupkah amalan untk d bawak kesana....tempat yg abadi kami kelak...lumrah manusia sentiasa lemah akan godaan duniawi yg sementara .....layakkah kita mengimpikan syurga...taktakutkah kita pada siksa akhirat...masyaallah...semakin panjang umurku semakin takut aku utk berjalan...kadang semakin takut menempuh ujianmu..tp diri hnya mampu muhasabah...berhati2 melangkah..bersyukur dgn segalanya..kerna diri sedar ujian itu sebenarnya hadiah yg allah turunkan pada kita utuk menunjukkan kasihsayang NYA pada kita...masyaallah penjagahati...... moga d kuatkan semangat saya kamu dia dan anda...."Allahumma yassir wala tu'assir"...

Hakikat

*Bermula nya kehidupan seorang insan sebenarnya adalah kerana izin NYA .dari dalam perut ibu , sehingga saat ini .. semuanya dengan izinNYA. adapun saudara kita yang belum sempat mengenal erti hidup , Allah sudah pun ambil nyawanya .Kerana itulah , sehingga kita pun insyaAllah akan diambil nyawa nanti , jangan putus bersyukur dengan ni'mat hidup ini . =)**
**~Bismillahirahmanirahim~**
**"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi kamu pula menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"**-Surah Al-Baqarah -216-*
#setiap yg hidup pasti akan mati#bersyukurla dgn apa yg ada#selagi masih sempat#muhasabah diri# 

Friday, 22 August 2014

Lumrah sudaa baa ini.....

Sudah lumrahnya manusia diciptakan, akan membuat rutin yang kesemuanya hampir sama setiap hari. Dan kerana itu, ada yang telah merasa jemu. Merasa telah muak dengan apa yang dilakukan setiap hari. Merasa bahawa setiap hari yang dilalui tiada variasi. Sama dan tetap sama!
Kerana manusia kebanyakan hanya memandang yang zahir sahaja.
Terkadang keliru, apa sebenarnya yang ingin dilakukan? Apa sebenarnya yang sepatutnya dilakukan oleh setiap manusia. Dan yang lebih teruk, ada yang sudah sedia maklum, tetapi melawan arus akal dan membiarkan nafsu kejemuan menguasai diri. Makanya, siapa yang harus dipersalahkan? Rutin atau diri sendiri? 

Thursday, 21 August 2014

Hanya manusia Biasa..

Kita Pendosa
Assalamualaikum
Buat sahabat tercinta kerana Allah. Masih tak terlewat bukan untuk saya minta maaf di atas segala kesalahan saya sama ada secara sedar atau tidak. Yang terzahir mahupun yang telah Allah tutup keaibanku dengan ihsan dariNya.

Semalam
Saya hanya manusia biasa yang sering dan sering terjatuh dalam lumpur dosa. Bukan hanya saya, tapi masih ramai pula yang tergelincir dalam lumpur itu.

Sama-sama kotor di mata manusia, Hakikat berbeza di mata Allah
Manusia berlumpur itu memang kotor. Mata-mata manusia memandang jijik manusia berlumpur. Saya juga pernah memandang dan sibuk mengambil tugas Allah dalam menghitung dosa orang lain. Begitu juga manusia lain, begitu asyik melihat dan menghukum dosa saya. begitulah “kitaran kebiasaan”  kita. Orang kira dosa kita. Kita kira dosa orang. Akhirnya kita selesa dengan kebiasaan in sejak zaman berzaman.

Ibrah Dari HidayahNya Buat Umar
Hari ini kita dimomokkan dengan kisah dosa sepanjang gurun. Begitu jarang kita terpujuk dengan kisah seorang pendosa yang akhirnya dijanjikan Syurga. (boleh rujuk kisah Saidina Umar)

Hari ini
Ketika aku kembali bangkit mencari-cari kaau-kalau ada sungai pengampunan untuk aku bersihkan lumpur dosa.

Setegar Kasih Abu Bakar
Kutemui kalian. Dalam rimba dusta masih ada lagi rupanya “lumut harapan”. Kalianlah yang tumbuh di batu-batu sungai pengampunan. Yang membuatkan aku mendongak ke langit dan melihat cahaya apakah yang telah membuat kalian tumbuh?

“oh kalian hidup kerana matahari itu”, getus hati kecilku

“tidak, kami hidup kerana Pencipta Matahari itu”

Meskipun ukhwah yang cuba kita bina ini tidaklah standing kisah cinta Abu Bakar dan Para sahabat terhadap Kekasih Allah-Rasulullah. Tapi kita masih boleh menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kita telah berusaha.

Mariam Wanita Suci
Islam agama harapan. Harapan selalu ada. Orang takkan berhenti mengata. Kerana apa? Mungkin kerana mereka tidak pernah terjatuh dalam lumpur dosa. Kita perlu bersyukur kerana setelah kita jatuh Allah izin kita bangun semula. Biarlah banyak kuasa yang cuba melontar kita ke lumpur itu semula. Yakinlah..!!

“tiada siapa dapat memberi jika Allah menghalang. Tiada siapa dapat menghalang jika Allah memberi”
Doa         >        usaha      >         ikhtiar      >      tawakal

Malunya kita, belum diuji seperti mariam sudah mahu mengalah. Mariam nak makan kurma pun Allah suruh goncang pokok. Allah boleh saja nak hadirkan buah t uterus ke mulut. Tapi Allah nak kita ambil pengajaran dari semua kisah dalam KalamNya

MUHASABAH SIPENDOSA

Kita hanyalah manusia yang lemah dan selalu alpa akan dunia yg hakikatnya menjadi persinggahan sementara untuk kita diuji dengan ujian...diuji dari setiap sudut walau kemana pun jasad kita membawa diri...dan sebagai hamba yg kerdil  kita tidak akan terlepas dr cobaan dan godaan dunia.....
Bila takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun -NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian. Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA disetiap langkah...sebagai pendosa yg merindui akan penciptanya...inginku trus menangis dalam sujudku drpada aku terus alpa..

Wanita dambaan Syurga..

JARI terus menari mengikut rentak kata2...masyaallah cemburunya aku sebagai hambamu pabila melihat hambamu ... wanita yg berpurdah sngt tertutup rapi...keinginan prnjaga hati untuk menjadi seperti mereka ....masyaAllah hanya DIa yg tahu..namun ...sang penjagahati memerlukan pembimbing agar biar sma2 sujud dan akur d jalan yg benar jalan yg lurus jalan ygbmembawa kepada sang pencipta...
Cita cita penjaga hati ingin menjadi makmum...wanita ..ibu dan istri yg solehah yg baik kepada seorg pemimpin pembimbing dan seorg zauj..agar membina keluarga yg sakinah serta menjamin anak2 yg soleh dan solehah...subhanAllah..amin2...
#trima kasih ya Allah kerna hadirkan hati yg sentiasa hiba,bergetar dan mata yg selalu mengalirkan airmata pabila mengenangMu ya Rabb...
#apa lah hati da airmata seorg pendosa kalau nak d banding dengan hati2 org yg berzikir...semoga Kau jadikan aku seperti mereka..amin2

Arah....

DUNIA, hakikat nya sementara,
KITA hanya seorang yang bergelar hamba mahupun pendosa pada sang Pencipta.
Maha suci ALLAH,pencipta sekalian alam...yang maha mengetahui akan setiap satu tentang kita hambanya yg kerdil lagi hina...
**********************
Menulis tentang apa yang dirasa sesuatu dari hati yang sentiasa muhasabah ...
hati yang sentiasa rindu akan penciptanya
hati yang sentiasa rasa berdosa pada penciptanya
*************
TERKADANG diri memikirkan kemana akan dibawa hati dan kaki yang melangkah mengikut laluan takdir yang tercipta sendiri jalannya

Sabar pd pandangan penjagahati

Makna sabar sangat luas.Setiap hari dalam kehidupan kita sentiasa menuntut kesabaran yang tidak terperi.
Bermula akal yang waras dan berfokus akan membentuk hati yang tenang, maka persepsi akan menjadi positif, akhirnya sesorang itu dapat mengawal dirinya seterusnya ia telah berjaya bermujahadah dalam dirinya dengan sifat sabar.
So n so n so,latihlah diri kita dengan sifat sabar kerana hidup ini sentiasa berhadapan situasi yang  menuntut pertimbangan akal dan sifat sabar. Apabila akal kita dapat difokuskan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, hati akan menjadi tenang.Sedangkan memiliki hati yang tenang itu sangat berharga nilainya..masyaAllah...

Letakkanlah sabar itu pada akal bukan pada hawa nafsu.Dengarkanlah nafasmu  wahai teman yang sentiasa turun dan naik tanpa henti tidak mengira masa . Kamu takkan mendengar  dan merasai perjalanannya kecuali di dalam jiwa yang tenang.

Memyself prnah trbaca n tertarik dengan kata-kata Ibnu Qayyim : " Sabar adalah menahan jiwa dari berputus asa,mereda amarah yang bergelojak, mencegah lisan berkeluh kesah".
Till now ayat ni la yg salu buat seorg hafizah bermuhasabah

Ingatlah Sabar itu separuh daripada iman dan Allah beserta bersama-sama orang yang sabar !!
As sabru minal iman...
sentiasalah Tomakninah
N one more #Sabar itu adalah khazanah2 syurga"

#sekadarperkongsian
#drseorghamba
#agarmuhasabah
#salamUkhwah
#menaipdanpostbukanbuatkebanggaannamun
#agarkitasama2
#belajarmenjadibaik
#buatmasahadapan
#drsorgpenjagahati

Wednesday, 20 August 2014

As sabru minal iman...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

justeru itu wahai sahabat2 sekalian... kalau kita menghadapi dugaan, janganlah terlalu bersedih ataupun berduka... dun wuri, insyaAllah masalah 2 x lama... mesti ada jalan penyelesaian.

mintak bantuan, kesabaran dan ketenangan dari Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengasihani dan Mendengar... Allah suka hambanya meminta2 kpdNya..insyaAllah permintaan kita dimakbulkan, cuma cepat atau lambat je... siapa yang lepas solat x doa, adalah orang yang sombong.. xkan kita nak sombong dgn Allah kot... cuba kita pikir, ligiknya,susah sgtlah nak cari org yng suka diminta2.. kalo dia suka pon, x semestinya dia boleh bantu...Allah pula suka hambaNya mengadu dan meminta2 kepadaNya.. tanpa mengira waktu dan tiada had dalam permintaan, tapi inna a'malu binniat.. setiap amalan 2 berdasarkan niat, kena la niat benda elok2... jgn yg buruk2... mardhotillah.. carilah redha Allah...

Jadi, kalau kita 'jaga; Allah, ingat Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita... begitulah sebaliknya..

Tuesday, 19 August 2014

Bersyukurlah kita masih hidup setelah dimatikan seketika

assalamu'alaikum...

sahabatku sekalian
bersyukurlah kita masih hidup setelah dimatikan (tidur) semalam..dan beberapa jam laginpun kita akan d matikan semula(tidur). Ucapkanlah alhamdulillah kita masih bernyawa dan diberi kesempatan untuk mengumpul bekalan ke negeri abadi. Lenakah tidurmu semalam dan semalam??? Sungguh indah bukan??? Mimpi tentang bulan, mimpi di alam kayangan, mimpikan si dia yang didambakan, owh sungguh indah malammu hingga terasa tidak mahu bangkit dari lena yang panjang dan ingin terus mengulik mimpi yang tiada berkesudahan.

Sahabatku...
kita selalu manjakan diri kita, tidur di atas tilam yang empuk, bantal yang lembut berselimutkan sutera dengan tiupan angin penghawa dingin, indah dibuai mimpi indah...

hingga kita terlalu sukar untuk bangun malam untuk bermunajat kepadaNya, bersujud pada Yang Mengurniakan kita segala nikmat itu. walaupun terkadang kita tersedar di sepertiga malam, seolah-olah ada sesuatu yang mengejutkan kita dari tidur, terasa dingin malam menusuk ke tulang, lalu kita lihat jam yang berdetik, pukul 4 pagi??? aaaahhh!!! masih terlalu awal, lalu ditarik kembali selimut menyulam kembali mimpi-mimpi terindah...

Sunggah tidur itu suatu nikmat yang besar bukan??? Tapi pernahkan kita terfikir mengapa terkadang kita tersedar di saat insan2 lain nyenyak dalam dakapan malam???

Sahabatku... Allah mencintaimu, dia memilihmu untuk bangun bersujud padaNya, merintih padaNya kerana barangkali kamu sudah terlalu lama tidak mengadu padanya, jika diimbas kembali kamu kan merayu2 padaNya hanya bila kamu inginkan pertolongan, bila kamu mahukan bantuan, untuk cemerlang dalam peperiksaan, untuk berjaya dalam perniagaan, untuk mendapatkan si dia yang dicinta, untuk mengembalikan kesihatanmu, untuk duniamu, untuk angan-anganmu yang tiada berkesudahan...

sahabatku... sekali lagi Dia mengejutkanmu, azan subuh berkumandang memecah keheningan, menyapa telinga insan2, lalu sekali lagi kau tersedar, terkadang hatimu berbisik... "Ahhh bising, cepatnya dah subuh", lalu kau renung jam di dinding, 6.00 pagi, lalu hatimu berkata, "aahhh!!! masih awal lagi...", sekali lagi kau melakar mimpi hingga alam yang gelap gelita bertukar menjadi cerah, terang benderang di sinari cahaya mentari, ayam berkokok, burung2 berkicauan, pohon2 melambai mengalunkan zikir syahdu pada Tuhannya... sedang kamu masih lena, tidakkah kau malu pada mereka??? Kau biarkan subuh suci berlalu pergi, lalu malaikat mencatatkan amalanmu...

Wahai jiwa2 yang alpa!!!
Tidakkah engkau dengarkan ayat-ayat dari TuhanMu, tentang amaran azab seksa yang maha pedih kerana meninggalkan apa yang difardhukan ke atasmu, yer mungkin kau pernah dengar, tetapi hatimu tidak gentar, kau lupa, kau tidak takut kerana matamu tidak pernah melihatnya, kau mendengar tetapi tidak mengambil iktibar, solat Subuh hanya dua rakaat!!! tapi kau ingkar!!! kau lebih besarkan tidurmu dari seruan "hayya alassolah...", kerana kau meruntuhkan tiang-tiang agamamu tanpa sedikit pun rasa bersalah, tunggulah saat2 yang dijanji... hanya kerana nikmat yang sementara, sekali kau meninggalkan solat subuh, kau kan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan 60 000 tahun di dunia.

Sahabatku, pernahkah kau mendengar suatu kisah :

Akan muncul seekor ular yang bernama 'Sujaul Aqra' dan ular itu berkata:
'Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.'

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,

begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

astaghfirullah... astaghfirullah... sungguh azab, ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, ampunkanlah kelalaian kami Ya Allah, kami tidakkan dapat menahan azab seksa dariMu, jika Engkau tidak ampunkan kami, sungguh kami orang-orang yang rugi, maka terimalah taubat kami Ya Allah, kami insan yang lemah tanpa cinta dariMu...

moga kita mengambil iktibar dari amaran-amaran dari Allah kerana sesungguhnya kita hidup di dunia hanya sementara cuma, janganlah hanya kerana kenikmatan yang sedikit, kerana lebih sayangkan tidur, kita menanggung azab seksa Maha Pedih, nauzubillah...
#sama2lah kita memasang niat untuk berubah ke arah kebaikan..kerna esok belum pasti milik kita..
Masya'Allah..
Salam ukhwahfillah abadanabada

Peringatan buat diriku yang hina
Cp

Friday, 15 August 2014

Kau yang MAHA MELIHAT

...andai ini takdir dan jalan nya ya rabb...sebagai hambamu aku redha,insyaAllah kesabaran yg kau hadirkan menjadi punca kekuatan pada hati..sesungguhnya pasti akan ada pelangi d hujung waktu nanti.syukur

KAU YANG MAHA MELIHAT
Opick feat Amanda

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalan ditakdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

KAU yang maha mendengar
KAU yang maha melihat
KAU yang maha pemaaf
Pada-MU hati bertaubat

KAU yang maha pengasih
KAU yang maha penyayang
KAU yang maha perindu
Pada-MU semua bergantung

Yang dicintakan pergi
Yang didambakan hilang
Hidupkan terus berjalan
Mesti penuh dengan tangisan

Andai bisaku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisaku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Mesti dengan air mata

KAU yang maha mendengar
KAU yang maha melihat
KAU yang maha pemaaf
Pada-MU hati bertaubat

KAU yang maha pengasih
KAu yang maha penyayang
KAU yang maha perindu
Pada-MU semua bergantung

KAU yang maha mendengar
KAU yang maha melihat
KAU yang maha pemaaf
Pada-MU hati bertaubat

KAU yang maha pengasih
KAU yang maha penyayang
KAU yang maha perindu
Pada-MU semua bergantung

Hanya Allah yg maha mendengar dan maha mengetahui...maka nikmat yg mana harus kita sebagai hamba nya yg kerdil pertikaikan..
*****sekadar perkongsian..takde kena mengena dengan sesiapa pun.***** smile smile alls...muahhahahhaa

DOA DIMUDAHKAN MENDAPATKAN JODOH

1.Doa mendapatkan jodoh

“Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiena imaamaa.”

Artinya:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh [2] kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa.” (QS 25:74)

2.Do’a agar dimudahkan dalam mendapatkan jodoh :

“ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”.

Artinya:
“Ya Allah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik2nya dzat yang mewarisi”.

3. Doa bagi laki2 yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku istri yang terbaik dari sisi-Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan istri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

4. Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

5. ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHOZAA INI ROHMATIKA YAA ARHAMAR-ROOHIMIIN”.

Artinya:
“Ya Allah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

6. “ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIR”.

Artinya:
Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Q.S. 28 : 24)

7. “HASBUNALLOOH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR”.

Artinya:
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. (Q.S. 3 : 173 & 8 : 40).

8. “ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ‘ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Artinya:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa”. (Q.S. 25 : 74)

TidakMudah....tp Indah..

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kitaTidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat
Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri
Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap ridlo Ilahi
Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita
Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya
Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat
Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

Thursday, 14 August 2014

Masih Adakah Esok

Adakah esok buat saya...awak ......masyaAllah  indahnya rahsia mu wahai penciptaku...andai pergi nya aku dah kau tetapkan ...aku redha...namun biarkan satu ketika nanti aku pergi dalam keislaman ....keimanan....ketaqwaan kepada mu ya Rabb....sesubgguhnya hati ini tak tertanggung sebak mengenang akan nasib aku dan hamba2 mu yg aku sayang pabila d alam selepas dunia.wahai dunia sesungguhnya kau adalah nikmat sementara yg menjadikan aku manusia yg benar...syukur ya Allah...