Makna sabar sangat luas.Setiap hari dalam kehidupan kita sentiasa menuntut kesabaran yang tidak terperi.
Bermula akal yang waras dan berfokus akan membentuk hati yang tenang, maka persepsi akan menjadi positif, akhirnya sesorang itu dapat mengawal dirinya seterusnya ia telah berjaya bermujahadah dalam dirinya dengan sifat sabar.
So n so n so,latihlah diri kita dengan sifat sabar kerana hidup ini sentiasa berhadapan situasi yang menuntut pertimbangan akal dan sifat sabar. Apabila akal kita dapat difokuskan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, hati akan menjadi tenang.Sedangkan memiliki hati yang tenang itu sangat berharga nilainya..masyaAllah...
Letakkanlah sabar itu pada akal bukan pada hawa nafsu.Dengarkanlah nafasmu wahai teman yang sentiasa turun dan naik tanpa henti tidak mengira masa . Kamu takkan mendengar dan merasai perjalanannya kecuali di dalam jiwa yang tenang.
Memyself prnah trbaca n tertarik dengan kata-kata Ibnu Qayyim : " Sabar adalah menahan jiwa dari berputus asa,mereda amarah yang bergelojak, mencegah lisan berkeluh kesah".
Till now ayat ni la yg salu buat seorg hafizah bermuhasabah
Ingatlah Sabar itu separuh daripada iman dan Allah beserta bersama-sama orang yang sabar !!
As sabru minal iman...
sentiasalah Tomakninah
N one more #Sabar itu adalah khazanah2 syurga"
#sekadarperkongsian
#drseorghamba
#agarmuhasabah
#salamUkhwah
#menaipdanpostbukanbuatkebanggaannamun
#agarkitasama2
#belajarmenjadibaik
#buatmasahadapan
#drsorgpenjagahati
No comments:
Post a Comment