Thursday, 21 August 2014

Hanya manusia Biasa..

Kita Pendosa
Assalamualaikum
Buat sahabat tercinta kerana Allah. Masih tak terlewat bukan untuk saya minta maaf di atas segala kesalahan saya sama ada secara sedar atau tidak. Yang terzahir mahupun yang telah Allah tutup keaibanku dengan ihsan dariNya.

Semalam
Saya hanya manusia biasa yang sering dan sering terjatuh dalam lumpur dosa. Bukan hanya saya, tapi masih ramai pula yang tergelincir dalam lumpur itu.

Sama-sama kotor di mata manusia, Hakikat berbeza di mata Allah
Manusia berlumpur itu memang kotor. Mata-mata manusia memandang jijik manusia berlumpur. Saya juga pernah memandang dan sibuk mengambil tugas Allah dalam menghitung dosa orang lain. Begitu juga manusia lain, begitu asyik melihat dan menghukum dosa saya. begitulah “kitaran kebiasaan”  kita. Orang kira dosa kita. Kita kira dosa orang. Akhirnya kita selesa dengan kebiasaan in sejak zaman berzaman.

Ibrah Dari HidayahNya Buat Umar
Hari ini kita dimomokkan dengan kisah dosa sepanjang gurun. Begitu jarang kita terpujuk dengan kisah seorang pendosa yang akhirnya dijanjikan Syurga. (boleh rujuk kisah Saidina Umar)

Hari ini
Ketika aku kembali bangkit mencari-cari kaau-kalau ada sungai pengampunan untuk aku bersihkan lumpur dosa.

Setegar Kasih Abu Bakar
Kutemui kalian. Dalam rimba dusta masih ada lagi rupanya “lumut harapan”. Kalianlah yang tumbuh di batu-batu sungai pengampunan. Yang membuatkan aku mendongak ke langit dan melihat cahaya apakah yang telah membuat kalian tumbuh?

“oh kalian hidup kerana matahari itu”, getus hati kecilku

“tidak, kami hidup kerana Pencipta Matahari itu”

Meskipun ukhwah yang cuba kita bina ini tidaklah standing kisah cinta Abu Bakar dan Para sahabat terhadap Kekasih Allah-Rasulullah. Tapi kita masih boleh menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kita telah berusaha.

Mariam Wanita Suci
Islam agama harapan. Harapan selalu ada. Orang takkan berhenti mengata. Kerana apa? Mungkin kerana mereka tidak pernah terjatuh dalam lumpur dosa. Kita perlu bersyukur kerana setelah kita jatuh Allah izin kita bangun semula. Biarlah banyak kuasa yang cuba melontar kita ke lumpur itu semula. Yakinlah..!!

“tiada siapa dapat memberi jika Allah menghalang. Tiada siapa dapat menghalang jika Allah memberi”
Doa         >        usaha      >         ikhtiar      >      tawakal

Malunya kita, belum diuji seperti mariam sudah mahu mengalah. Mariam nak makan kurma pun Allah suruh goncang pokok. Allah boleh saja nak hadirkan buah t uterus ke mulut. Tapi Allah nak kita ambil pengajaran dari semua kisah dalam KalamNya

No comments:

Post a Comment